Kopitiam Kewangan

Duduk minum kopi, sembang pasal pitis.

Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Sunday, August 5, 2018

Ombudsman?


Pernah dengar tak iklan radio 'Ombudsman'?

Baru-baru ni saya terdengar iklan ni dalam radio Sinar.fm, tentang seorang lelaki yang pergi kerja pinjam motor isteri sebab kereta accident & tak dapat claim insurans. Kawan dia mencadangkan supaya dia untuk berjumpa Ombudsman berkenaan untuk tuntutan insurans.




Apa itu Ombudsman?
Menurut kamus dewan DBP, Ombudsman adalah pegawai atau badan rasmi ataupun separa rasmi yang bertanggungjawab menerima dan menyiasat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan jentera kerajaan. Ia berfungsi sebagai perantara antara orang awam (sebagai pelanggan) yang menerima perkhidmatan dengan sebuah organisasi.

Ombudsman dalam Servis Kewangan
Dalam industri kewangan yang melibatkan bank, insurans/takaful dan lain-lain, ombudsman sebelum ini dikenali sebagai Financial Mediation Bureau (FMB).

Penubuhan FMB adalah menjadi tanggungjawab bank pusat (BNM) sebagai usaha untuk membantu menyelesaikan pertikaian antara orang awam dengan penyedia perkhidmatan kewangan. FMB yang kini dikenali sebagai Ombudsman for Financial Services (OFS) boleh diakses melalui laman sesawang https://www.ofs.org.my


Antara pertikaian yang (boleh/kerap berlaku kepada kita) boleh dirujuk kepada OFS ialah:

  1. Berkenaan tuntutan insurans/takaful (kegagalan tuntutan, tuntutan kurang,etc.)
  2. Transaksi tanpa kebenaran yang kerap berlaku melibatkan akaun bank pelanggan
  3. Apa saja berkaitan pembiayaan/pelaburan dengan institusi kewangan
  4. Dan banyak lagi..

OFS akan bertindak sebagai orang tengah yang menyelesaikan pertikaian antara kita dan institusi-institusi kewangan yang berdaftar bawah BNM.

Pernah tak anda menghadapi masalah ketika berhubung dengan institusi-institusi kewangan? Bagaimana anda menyelesaikannya? Kongsikan cerita anda di ruangan komen di bawah!

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib