Kopitiam Kewangan

Duduk minum kopi, sembang pasal pitis.

Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Showing posts with label Kewangan. Show all posts
Showing posts with label Kewangan. Show all posts

Thursday, November 8, 2018

EPF: Dibiarkan atau dilaburkan?

Hampir semua orang ada caruman KWSP, kecuali kakitangan kerajaan yang memilih skim pencen.

So, apa yang anda buat dengan simpanan KWSP anda?


Monday, October 8, 2018

Asas Perancangan Kewangan


Perancang kewangan adalah proses membina strategi untuk membantu seseorang menguruskan hal ehwal kewangan mereka untuk mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.

Proses ini biasanya melibatkan pandangan menyeluruh seseorang tentang kewangan mereka, dan perlu mengikuti proses step-by-step untuk menyelesaikan masalah yang ada dalam usaha memenuhi keperluan kewangan peribadi.

Tuesday, August 28, 2018

Apa maksud PELEPASAN CUKAI bila mencarum takaful?

Source 

Bagi individu tertentu yang dah layak untuk membayar cukai, mesti akan cuba cari cara untuk dapatkan pelepasan cukai kan?

Apa itu pelepasan cukai?

Sunday, August 5, 2018

Ombudsman?


Pernah dengar tak iklan radio 'Ombudsman'?

Baru-baru ni saya terdengar iklan ni dalam radio Sinar.fm, tentang seorang lelaki yang pergi kerja pinjam motor isteri sebab kereta accident & tak dapat claim insurans. Kawan dia mencadangkan supaya dia untuk berjumpa Ombudsman berkenaan untuk tuntutan insurans.

Sunday, July 1, 2018

SSPN-i pun ada Takaful?



Rasanya semua orang pernah dengar SSPN, kan?
Secara umumnya, anak muda yang perlukan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran perlu terlebih dahulu membuka akaun simpanan SSPN.

SSPN ni merujuk kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional, dan kini lebih dikenali sebagai SSPN-i sebab produk ini berlandaskan syariah.

Saturday, May 19, 2018

BursaMktPlc: Nak belajar main saham?


Pernah tak ada keinginan nak jual-beli saham?

Bursa Malaysia telah memperkenalkan satu portal iaitu Bursa Market Place, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya golongan muda dan bakal pelabur berpotensi untuk belajar membuat transaksi jual-beli saham berdasarkan maklumat pasaran sebenar! Ya, real market price movement!

Maklumat pasaran sebenar yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa

BursaMktPlc ni akan membantu kita untuk belajar memahami dunia pasaran modal, dan dalam masa yang sama kita boleh cuba buat trading & aplikasikan ilmu analisis pelaburan. Kalau anda pernah belajar Fundamental Analysis & Technical Analysis untuk saham, inilah platform terbaik untuk bantu kita tingkatkan kemahiran stock trading.

Bagi pelabur berpotensi, terutamanya yang dah ada modal dan berminat nak melabur dalam pasaran saham, boleh la gunakan portal ni untuk biasakan diri dengan jual-beli saham, melihat pergerakan pasaran, membaca pergerakan harga dan lain-lain.

Tunggu apa lagi? Buat akaun dengan gunakan Gmail atau Facebook sahaja lepastu? Start trading!

Nak lagi syok, create game dan ajak kawan-kawan main, kita boleh tengok siapa di antara kita yang bijak dalam melabur saham. Yeehaaa!

Create game and see who gonna lead the board!

Selain tu, terdapat juga tools, research, video pembelajaran, e-notes dan berita-berita terkini untuk membantu kita membuat analisis terhadap sesuatu saham. Tak terkecuali, event tertentu yang di buat oleh Bursa Malaysia untuk membantu dan menggalakkan orang ramai terlibat dalam dunia pasaran saham.

Cakap banyak pun tak gunam apa kata korang cuba try test BursaMktPlc sekarang? Jangan lupa bagi feedback tentang portal ni diruangan komen di bawah!

Monday, April 16, 2018

Takaful apa yang perlu saya beli?


Sebelum buat keputusan untuk membeli apa pun barang, kita sentiasa ada hak untuk MEMILIH.

Tapi macamana nak memilih produk takaful yang bagus?
Jawapan asasnya sama, yang mana kita selesa.

Baru-baru ni saya ada plan nak beli running shoes. Tengah survey kasut tu kawan tanya, kau nak beli kasut brand apa? Saya jawab, Reebok. Dia tanya kenapa Reebok? Saya memilih untuk tak menjawab soalan tu.

Sebab apa? Sebab keperluan asas saya adalah kasut untuk berlari. Bukan jenama. Kemudian saya terfikir jenama Reebok, saya mulakan carian, wah banyak sangat pilihan. Yang berkenan (design) kat mata tu banyak, tapi bajet pulak terhad. Bila jumpa yang sesuai bajet & rupa, pakai pulak tak sedap. Bila dah jumpa yang sedap pakai, saiz pulak takde. Bila saiz ngam, bajet oke, design pulak sendu. Lepastu, mulalah cari brand lain pulak. Datang masalah yang sama, last-last tak beli. Hmm.

So, apa yang kita nak sebenarnya? Satu benda yang paling (hampir) memenuhi keinginan & kemampuan kita saja. Sama lah macam takaful.

Secara asasnya, takaful terbahagi kepada dua jenis:
- Takaful Am (Kereta, Kebakaran, Marin, etc.)
- Takaful Keluarga (Perlindungan pendapatan, Kemalangan, Pendidikan, etc.)


Takaful apa yang perlu anda beli? Saya cadangkan anda semua ambil tahu dulu jenis-jenis takaful yang ada sebelum berjumpa agen/penasihat kewangan. Kenapa? Takut tersilap jumpa ejen/penasihat kewangan dari 'kawan-kawan' yang suka memaksa.

Knowledge is a treasure, but practice is the key to it.

Ya, kita memang perlukan nasihat dan pandangan daripada mereka yang berpengalaman. Tapi, kitalah yang berhak menentukan semua keputusan dalam hidup kita. Dalam proses membuat keputusan tu, jumpalah mereka untuk MEMAHAMI PRODUK dahulu sebelum membuat keputusan. Once you're ready with your decision, jumpalah ejen/penasihat kewangan untuk membeli.


Macam biasa, saya tinggalkan soalan untuk semua orang berfikir -- kenapa kita suka mengelak daripada berjumpa ejen takaful? Bukan ejen takaful je, malah semua salesman yang ada dalam dunia ni! Haha

Tuesday, April 10, 2018

Simpanan vs Pelaburan

pixabay.com
Simpanan dan pelaburan adalah dua perkara yang sama tapi masih ada perbezaan. Keduanya membawa maksud, mengasingkan sebahagian pendapatan untuk kegunaan di hari kemudian. Jadi, apa beza simpanan dan pelaburan ni?

-------------------------------

Simpanan


Simpanan ni adalah menabung. Kalau kita ingat lagi kecik-kecik dulu kita buka akaun simpanan kat bank, dapat tabung free, lepastu balik sekolah ada duit lebih kita masuk tabung, haaa yang tu simpanan la atau tabungan.

Biasanya simpanan kita letak dalam tabung, atau akaun simpanan (wadiah/saving account). Kita asingkan dengan tujuan untuk kegunaan akan datang dalam tempoh yang lebih pendek. Contohnya, nak buat beli basikal, nak buat deposit beli kereta/rumah, duit kecemasan, nak pergi melancong ke, beli smartphone baru, etc.

Simpanan tak menjanjikan pulangan. That's it. Kalau kita simpan RM100 sebulan selama setahun, simpanan akan menjadi RM1,200. Tapi, masih berpotensi untuk mendapat keuntungan kalau kita simpanan dalam akaun simpanan di bank. Itu kita panggil hibah la. Nanti kita sembang pasal hibah ni.

Risiko? Mestilah rendah. Risiko kerugian memang tak adalah sebab bila kita masuk tabung RM100, lepas sebulan keluarkan masih lagi nilainya RM100, lainlah kalau kawan curi kan. Hehe


Pelaburan

Matlamat utama pelaburan ialah keuntungan. Untuk jana keuntungan, bukan satu tempoh yang pendek. Sebab tu kita tak boleh sertai skim cepat kaya. Tak ada keuntungan yang boleh diberi dalam tempoh yang sangat pendek, tak logik la, cekau kat mana duit tu tiba-tiba dapat untung, ye dak?

High risk, high return. Keuntungan adalah hasil kesanggupan kita mengambil risiko. Tak ada istilah untung selamanya. Tak ada keuntungan tanpa sebarang risiko. Macam hidup kita ni la, kan ibarat roda, kejap kat atas kejap kat bawah.

Bila sebut pasal risiko, kita tau la bahawa pelaburan bukan sahaja bagi keuntungan, tapi kerugian. Berapa banyak kita akan rugi? Depends. Bergantung pada jenis pelaburan, bergantung kepada projek apa, dan juga faktor yang lebih besar seperti inflasi, ekonomi, politik, etc.

Apa contoh pelaburang paling mudah dan kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia? ASB.

-------------------------------

Saya tutup post ini dengan satu soalan, Tabung Haji (TH) -- satu simpanan, atau pelaburan?

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib