Rasanya semua orang pernah dengar SSPN, kan?
Secara umumnya, anak muda yang perlukan pinjaman PTPTN untuk melanjutkan pelajaran perlu terlebih dahulu membuka akaun simpanan SSPN.
SSPN ni merujuk kepada Skim Simpanan Pendidikan Nasional, dan kini lebih dikenali sebagai SSPN-i sebab produk ini berlandaskan syariah.
Apa pulak SSPN-i Plus?
PTPTN telah memperkenalkan satu lagi produk simpanan, dengan tambahan perlindungan takaful yang dinamakan SSPN-i Plus.
Maksudnya, bila kita menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus, sebahagian sumbangan akan masuk tabung tabbaru' untuk perlindungan takaful manakal sebahagiannya akan kekal dalam akaun simpanan peribadi kita.
Ada beberapa pelan/pakej untuk SSPN-i Plus:
Contoh untuk Pakej Nilam, setiap bulan kita perlu simpan RM30 dimana RM20 akan menjadi tabungan kita dan RM10 akan dimasukkan sebagai sumbangan takaful.
Setiap pelan juga ada benefit yang berbeza, sila rujuk sini.
Perlu diingat bahawa takaful adalah sebuah komitmen, dan kita perlu memastikan jumlah simpanan+sumbangan perlu dibuat mengikut tempoh caruman yang kita pilih (bulanan/tahunan).
Selain itu, suka untuk saya highlight Tempoh Menunggu Tuntutan Manfaat Takaful kerana ramai di antara kita selalu terlepas pandang perkara ini. Di dalam mana-mana kontrak takaful mahupun insurans, berikan perhatian lebih pada perkara ini supaya kita tahu bila kita boleh membuat tuntutan takaful. Ingat ya, once dapat polisi, bukan bermaksud kita boleh terus buat claim hari ini 😎 Tempoh menunggu ini adalah normal bagi polisi perlindungan, so, pastikan anda tanya agen takaful anda berkenaan perkara ini.
Kami percaya ini adalah antara alternatif yang perlu diambil oleh ibu bapa sebagai permulaan tabungan dan perlindungan untuk anak-anak dan ianya sangat affordable.
Last but not least, pernah dengar Geran Sepadan RM500? Simpan RM500, dapat lagi RM500. Ini adalah inisiatif daripada kerajaan dalam bajet sebelum ni. Tapi ada syarat-syarat tertentu, dan limited. Kalau nak tau lebih lanjut boleh tengok sini. Benda free mestilah semua orang nak, bro!
Kalau ada perkara/pertanyaan tentang SSPN-i Plus, boleh komen kat bawah. Mana boleh jawab, saya akan jawab. Kalau tak, kita tanya PTPTN!
No comments:
Post a Comment