![]() |
Source |
Bagi individu tertentu yang dah layak untuk membayar cukai, mesti akan cuba cari cara untuk dapatkan pelepasan cukai kan?
Apa itu pelepasan cukai?
Potongan, pelepasan atau rebat cukai akan membantu mengurangkan jumlah cukai yang perlu dibayar oleh individu atau syarikat. Bukan maksud tak payah cukai langsung tau!
Pelepasan cukai ni ibarat satu alternatif yang diberikan, bagi membantu pembayar gunakan untuk kepentingan mereka juga. Berikut adalah senarai ringkas pelepasan cukai individu bagi tahun 2017:
Untuk yang lebih lengkap, sila rujuk di laman sesawang LHDN!
Sebelum tu, sedikit perkara yang kami nak highlight disini ialah, CARUMAN TAKAFUL pun dikira pelepasan cukai. Ya, betul tu!
Kalau anda ada Family/Life Takaful, bayaran caruman RM6000 diberikan sebagai pelepasan cukai. Kalau anda nak manfaatkan pelepasan ni, carumlah takaful keluarga dengan caruman RM500 sebulan!
Selain tu, kalau kita ada Medical Card atau ambil takaful pendidikan untum anak-anak pun ada pelepasan cukai sehingga RM3000. Jadi caruman maksimum untuk pelepasan ialah RM250 sebulan.
Dengan manfaat pelepasan cukai ni bukan je dapat kurangkan bayaran cukai kita je, malah kita pun sekalk dapat perlindungan nyawa, kesihatan & pendidikan anak-anak sekaligus jika kita mencarumnya di tempat yang betul.
Tunggu apa lagi? Cepat-cepatlah cari produk takaful untuk dapatkan manfaat perlindungan diri/keluarga dan juga pelepasan cukai!
No comments:
Post a Comment