![]() |
pixabay.com |
Simpanan dan pelaburan adalah dua perkara yang sama tapi masih ada perbezaan. Keduanya membawa maksud, mengasingkan sebahagian pendapatan untuk kegunaan di hari kemudian. Jadi, apa beza simpanan dan pelaburan ni?
-------------------------------
Simpanan
Simpanan ni adalah menabung. Kalau kita ingat lagi kecik-kecik dulu kita buka akaun simpanan kat bank, dapat tabung free, lepastu balik sekolah ada duit lebih kita masuk tabung, haaa yang tu simpanan la atau tabungan.
Biasanya simpanan kita letak dalam tabung, atau akaun simpanan (wadiah/saving account). Kita asingkan dengan tujuan untuk kegunaan akan datang dalam tempoh yang lebih pendek. Contohnya, nak buat beli basikal, nak buat deposit beli kereta/rumah, duit kecemasan, nak pergi melancong ke, beli smartphone baru, etc.
Simpanan tak menjanjikan pulangan. That's it. Kalau kita simpan RM100 sebulan selama setahun, simpanan akan menjadi RM1,200. Tapi, masih berpotensi untuk mendapat keuntungan kalau kita simpanan dalam akaun simpanan di bank. Itu kita panggil hibah la. Nanti kita sembang pasal hibah ni.
Risiko? Mestilah rendah. Risiko kerugian memang tak adalah sebab bila kita masuk tabung RM100, lepas sebulan keluarkan masih lagi nilainya RM100, lainlah kalau kawan curi kan. Hehe
Pelaburan
Matlamat utama pelaburan ialah keuntungan. Untuk jana keuntungan, bukan satu tempoh yang pendek. Sebab tu kita tak boleh sertai skim cepat kaya. Tak ada keuntungan yang boleh diberi dalam tempoh yang sangat pendek, tak logik la, cekau kat mana duit tu tiba-tiba dapat untung, ye dak?
High risk, high return. Keuntungan adalah hasil kesanggupan kita mengambil risiko. Tak ada istilah untung selamanya. Tak ada keuntungan tanpa sebarang risiko. Macam hidup kita ni la, kan ibarat roda, kejap kat atas kejap kat bawah.
Bila sebut pasal risiko, kita tau la bahawa pelaburan bukan sahaja bagi keuntungan, tapi kerugian. Berapa banyak kita akan rugi? Depends. Bergantung pada jenis pelaburan, bergantung kepada projek apa, dan juga faktor yang lebih besar seperti inflasi, ekonomi, politik, etc.
Apa contoh pelaburang paling mudah dan kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia? ASB.
Apa contoh pelaburang paling mudah dan kerap menjadi pilihan rakyat Malaysia? ASB.
-------------------------------
Saya tutup post ini dengan satu soalan, Tabung Haji (TH) -- satu simpanan, atau pelaburan?
No comments:
Post a Comment