Kopitiam Kewangan

Duduk minum kopi, sembang pasal pitis.

Full width home advertisement

Post Page Advertisement [Top]

Saturday, May 19, 2018

BursaMktPlc: Nak belajar main saham?


Pernah tak ada keinginan nak jual-beli saham?

Bursa Malaysia telah memperkenalkan satu portal iaitu Bursa Market Place, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada orang awam terutamanya golongan muda dan bakal pelabur berpotensi untuk belajar membuat transaksi jual-beli saham berdasarkan maklumat pasaran sebenar! Ya, real market price movement!

Maklumat pasaran sebenar yang sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa

BursaMktPlc ni akan membantu kita untuk belajar memahami dunia pasaran modal, dan dalam masa yang sama kita boleh cuba buat trading & aplikasikan ilmu analisis pelaburan. Kalau anda pernah belajar Fundamental Analysis & Technical Analysis untuk saham, inilah platform terbaik untuk bantu kita tingkatkan kemahiran stock trading.

Bagi pelabur berpotensi, terutamanya yang dah ada modal dan berminat nak melabur dalam pasaran saham, boleh la gunakan portal ni untuk biasakan diri dengan jual-beli saham, melihat pergerakan pasaran, membaca pergerakan harga dan lain-lain.

Tunggu apa lagi? Buat akaun dengan gunakan Gmail atau Facebook sahaja lepastu? Start trading!

Nak lagi syok, create game dan ajak kawan-kawan main, kita boleh tengok siapa di antara kita yang bijak dalam melabur saham. Yeehaaa!

Create game and see who gonna lead the board!

Selain tu, terdapat juga tools, research, video pembelajaran, e-notes dan berita-berita terkini untuk membantu kita membuat analisis terhadap sesuatu saham. Tak terkecuali, event tertentu yang di buat oleh Bursa Malaysia untuk membantu dan menggalakkan orang ramai terlibat dalam dunia pasaran saham.

Cakap banyak pun tak gunam apa kata korang cuba try test BursaMktPlc sekarang? Jangan lupa bagi feedback tentang portal ni diruangan komen di bawah!

No comments:

Post a Comment

Bottom Ad [Post Page]

| Designed by Colorlib