Perancang kewangan adalah proses membina strategi untuk membantu seseorang menguruskan hal ehwal kewangan mereka untuk mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan.
Proses ini biasanya melibatkan pandangan menyeluruh seseorang tentang kewangan mereka, dan perlu mengikuti proses step-by-step untuk menyelesaikan masalah yang ada dalam usaha memenuhi keperluan kewangan peribadi.
- Kenaplasti keperluan kewangan
- Dalam mencapai matlamat kewangan yang diingini, anda perlu mengenalpasti apakah keperluan, jangkaan, dan matlamat kewangan anda, baik untuk jangka masa pendek mahupun jangka panjang
- Mengumpul maklumat kewangan
- Dah tau apa nak dicapai? Sekarang masanya untuk mencari semua informasi berkenaan diri anda termasuk maklumat profil dan maklumat kewangan semasa
- Menganalisa status kewangan
- Lepas dah tau matlamat dan kemampuan kewangan sedia ada, anda perlulah menganalisa status kewangan. Analisa ini akan membantu anda mengenalpasti nilai bersih kewangan anda.
- Membangunkan cadangan perancangan kewangan
- Bila dah tau apa yang kurang apa yang lebih, apa yang perlu apa yang tidak, anda dah boleh merangcang kewangan yang bersesuaian untuk mencapai matlamat kewangan yang telah ditetapkan awal tadi. Buat beberapa cadangan pelan dan nilaikan pelan tersebut berdasarkan pros & cons
- Melaksanakan pelan kewangan
- Dah kenalpasti pelan yang paling sesuai untuk capai matlamat kewangan anda? Laksanakannya sekarang!
- Memantau pelan kewangan
- Sepanjang proses pelaksanaan pelan kewangan, anda perlu selalu pantau situasi semasa untuk sebarang keperluan/kecemasan yang tiba-tiba datang, kenalpasti adakah proses berjalan dengan lancar, adakah objektif tercapai dan jika perlu, perbaiki atau perbaharui pelan sedia ada jika ia tersasar dalam mencapai objektif kewangan anda
Haa..senang je kan nak susun balik strategi kewangan kita? Kalau anda masih kurang mahir dalam kewangan ni, dapatkan bantuan dan nasihat PERANCANG KEWANGAN sedia ada.
Mulalah merancang kewangan anda hari ini!
No comments:
Post a Comment