So, apa yang anda buat dengan simpanan KWSP anda?
Apa fungsi KWSP?
KWSP merupakan sebuah institusi keselamatan sosial yang ditubuhkan di bawah Undang-Undang Malaysia, Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 (Akta 452) yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya melalui pengurusan simpanan mereka secara cekap dan boleh dipercayai. KWSP juga menyediakan sistem yang efisien dan mudah bagi memastikan para majikan memenuhi tanggungjawab undang-undang serta kewajipan moral mereka untuk mencarum kepada KWSP bagi pihak pekerja mereka.
Berapa banyak potongan KWSP yang dikenakan? Rasanya semua tau standard potongan pekerja ialah 11% manakala syer majikan pulak ialah 13% daripada jumlah gaji kita. Kalau anda tak pasti pasal potongan ni, boleh cek di slip gaji untuk tengok potongan syer pekerja, atau bukak i-Akaun KWSP nak tengok penyata KWSP terkini.....atauuu boleh tengok AKTA KWSP.
Kenapa perlu KWSP?
Mudahnya, untuk memastikan semua orang ada simpanan di hari tua! Kerajaan tau majoriti rakyat tidak menyimpan dimasa muda, samada tiada kemampuan/lebihan wang atau tiada kesedaran tentang kepentingan simpanan. Sebab tu ini adalah caruman wajib bagi pekerja & majikan. Takkan nak kerja sampai umur 80 tahun weyh!
Bila boleh keluarkan duit KWSP?
Waktu kita bersara nanti, pada usia 50/55/60/duit ada 1 juta/waktu pencen atau bersara pilihan (kalau pilih bersara lebih awal.
So, sekarang tak boleh nak keluarkan ke KWSP tu?
Boleh, hanya untuk tujuan tertentu seperti
- Nak kurangkan/selesaikan pembiayaan rumah
- Nak bina/beli rumah (bukan renovate rumah)
- Nak bayar ansuran bulanan pinjaman perumahan
- Untuk hilang upaya
- Untuk meninggalkan negara
- Untuk kematian, kesihatan, haji
- Untuk pendidikan
- Untuk perumahan fleksibel, PR1MA
Biasanya pengeluaran ni adalah dari akaun 2.
Akaun 2 tu apa?
Caruman kita dalam akaun KWSP tu akan dibahagikan kepada Akaun 1 70% dan Akaun 2 30%. Hasil caruman bulanan pekerja + majikan tadi akan disalurkan kepada akaun-akaun ni ikut pecahan yang diberikan.
Kalau anda pertimbangkan untuk keluarkan bagi tujuan seperti di atas, iaitu pengeluaran sebelum persaraan, jumlah yang dibenarkan untuk dikeluarkan adalah dari Akaun 2 sahaja.
Kalau kita taknak buat pengeluaran sebelum persaraan, rugi ke?
Tak lah rugi. Lagi bagus sekurang-kurangnya kita tak usik pelaburan untuk persaraan kita nanti. Dan, boleh gandakan dividen yang kita dapat.
Tak boleh ke keluarkan duit KWSP untuk tujuan selain dinyatakan di atas?
Boleh, untuk pelaburan. Skim Pelaburan Ahli.
Eh boleh pulak keluarkan semata-mata untuk pelaburan sebelum persaraan? Kenapa tak boleh guna untuk belanja lain-lain?
Sebab, nak galakkan rakyat Malaysia terus menyimpan dan melabur untuk persaraan mereka. Caruman di KWSP beri pulangan sekitar 5-7%, so sesiapa yang nak guna duit caruman tu untuk melabur kat tempat lain yang lebih menguntungkan, sangat-sangatlah digalakkan.
Wah. Boleh keluar semua ke?
Mestilah tak. Hehe. Nak keluarkan untuk tujuan pelaburan ni:
- Akan melibatkan Akaun 1 KWSP anda
- Boleh laburkan tak lebih 30% dari jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1
- Simpanan asas adalah satu jumlah dalam Akaun 1 yang ditetapkan mengikut umur
- Kenapa perlu ada Simpanan Asas? Sebab Simpanan Asas ni tak boleh diusik supaya pencarum ada simpanan sekurang-kurangnya RM228,000 pada usia 55 tahun, dan memang tak boleh keluarkan sampai umur 55 tahun
- Simpanan Asas ini adalah jumlah minimum bersamaan RM950 sebulan selama 20 tahun yang akan membiayai keperluan asas persaraan kita
Err...contoh?
Ini adalah jadual Simpanan Asas KWSP:
Maksudnya, jika umur anda sekarang 25 tahun, Simpanan Asas adalah RM14,000. Jika sekarang jumlah caruman KWSP ada RM20,000, cuma 30% dari jumlah lebihan RM6,000 (20k - 14k) yang boleh dikeluarkan untuk tujuan pelaburan dari Akaun 1.
Ok, kalau saya ada lebihan untuk pengeluaran pelaburan, patut tak saya keluarkan?
Bergantung situasi. Tapi kalau situasinya anda boleh laburkan ditempat lain dengan peratus dividen melebihi 5-7%, ya anda patut!
Tapi untuk tahu lebih lanjut tentang pelaburan KWSP, nanti saya buat post lain!
Ada sesiapa kat sini yang dah keluarkan KWSP untuk pelaburan? Apa kata anda kongsikan tips bagaimana nak melabur, dan.....berbaloi ke?
No comments:
Post a Comment